Mari Berkenalan Dengan Arduino

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sebelum kita membuat sesuatu projek menggunakan sebarang pengendali mikro (microcontroller), kita perlu mengenali dengan lebih dekat pengendali mikro tersebut.


Hari ini kami akan mengajak anda untuk berkenalan dengan papan litar Arduino.
Papan litar Arduino
Papan litar Arduino

Pengenalan


Pada tahun 2005, sebuah pengendali mikro single-board bersifat open-source yang diberi nama Arduino telah berjaya dikeluarkan oleh sebuah perusahaan komputer Olivetti di Ivrea, Italia.


Tujuan asal papan litar ini adalah untuk mengendalikan projek-projek pelajar dengan harga yang murah sahaja. Tanpa diduga, pada bulan Mei 2011 sudah lebih 300.000 unit Arduino  terjual.


Orang yang bertanggungjawab menghasilkan Arduino ini adalah Massimo Banzi dan David Cuartielles.


Pada awalnya mereka memberi nama projek itu dengan sebutan Arduin dari Ivrea tetapi sejajar dengan perkembangan zaman, maka nama projek itu diubah menjadi Arduino yang bermaksud “teman yang rapat” atau dalam versi bahasa Inggrisnya dikenali dengan sebutan “Hardwin”.


Kelebihan Arduino 


Memang terdapat banyak kelibihan pengendali mikro ini
  • Tidak perlu chip programmer kerana di dalamnya sudah ada bootloader yang akan menangani upload program dari komputer.
  • Sudah memiliki slot/port komunikasi USB. Ini memudahkan pengguna Laptop yang tidak memiliki port serial/RS323 bisa menggunakan nya.
  • Bahasa pemrograman relatif mudah kerana perisian Arduino dilengkapi dengan kumpulan library yang cukup lengkap.
  • Memiliki modul siap pakai (shield) yang boleh dipasangkan pada papan litarArduino. Contohnya shield GPS, Ethernet, SD Card, dll

Jenis-Jenis Arduino



a. Arduino Uno

Jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Terutama untuk anda yang baru belajar, sangat disarankan untuk menggunakan Arduino Uno. Dan banyak sekali rujukan yang menerangkan tentang Arduino Uno. Versi yang terakhir adalah Arduino Uno R3 (Revisi 3), menggunakan ATMEGA328 sebagai Microkontrollernya, memiliki 14 pin I/O digital dan 6 pin input analog. Untuk pemograman cukup menggunakan sambungan USB type A to To type B. Sama seperti yang digunakan pada USB printer.

b. Arduino Due

Berbeza dengan yang ini, Arduino Due tidak menggunakan ATMEGA, sebaliknya dengan chip yang lebih tinggi ARM Cortex CPU. Memiliki 54 I/O pin digital dan 12 pin input analog. Untuk pemogramannya menggunakan Micro USB, terdapat pada beberapa telefon pintar.

c. Arduino Mega 

Sama seperti dengan Arduino Uno, pengendali mikro ini menggunakan USB type A to B untuk pemogramannya. Tetapi Arduino Mega, menggunakan Chip yang lebih tinggi ATMEGA2560. Dan tentu saja untuk Pin I/O Digital dan pin input Analognya lebih banyak dari Uno.

d. Arduino Leonardo. 


Boleh juga dipanggil dengan nama Leonardo sebagai saudara kembar Uno. Jumlah pin I/O digital dan pin input Analognya sama. Hanya pada Leonardo menggunakan Micro USB untuk pemogramannya.

e. Arduino Fio 

Bentuknya lebih unik, terutama untuk socketnya. Walau jumlah pin I/O digital dan input analognya sama dengan uno dan leonardo, tapi Fio memiliki Socket XBee. XBee membuat Fio dapat dipakai untuk keperluan projek yang berhubungan dengan wireless.

f. Arduino Lilypad 

Bentuknya yang melingkar membuat Lilypad dapat dipakai untuk membuat projek unik. Seperti membuat amor iron man sebagai contoh. Hanya versi lamanya menggunakan ATMEGA168, tetapi masih cukup untuk membuat satu projek terkini dengan 14 pin I/O digital, dan 6 pin input analognya.

g. Arduino Nano 

Sepertinya namanya, Nano yang berukuran kecil dan sangat sederhana ini, menyimpan banyak fungsi. Sudah dilengkapi dengan FTDI untuk pemograman menerusi Micro USB. 14 Pin I/O Digital, dan 8 Pin input Analog (lebih banyak dari Uno) dan ada yang menggunakan ATMEGA168, atau ATMEGA328.

h. Arduino Mini 

Fasilitasnya sama dengan yang dimiliki Nano. Hanya tidak dilengkapi dengan Micro USB untuk pemograman. Dan ukurannya hanya 30 mm x 18 mm saja.

i. Arduino Micro 

Ukurannya lebih panjang dari Nano dan Mini. Ini kerana memang fungsinya lebih banyak iaitu; memiliki 20 pin I/O digital dan 12 pin input analog.

j. Arduino Ethernet 

Ini arduino yang sudah dilengkapi dengan fungsi ethernet. Membuat Arduino anda dapat berhubung melalui jaringan LAN pada komputer. Bagi fungsi pada Pin I/O Digital dan Input Analognya sama dengan Uno.

k. Arduino Esplora 

Kepada anda yang ingin membuat gadget sepeti Smartphone amat digalakkan menggunakan Arduino ini kerana sudah dilengkapi dengan Joystick, button, dan sebagainya. Anda hanya perlu tambahkan LCD, untuk lebih mencantikkan Esplora.

l. Arduino Robot 

Ini adalah pakej lengkap dari Arduino yang sudah berbentuk robot. Sudah dilengkapi dengan LCD, Speaker, Roda, Sensor Infrared. Semua yang anda perlukan untuk menghasilkan sebuah robot sudah ada pada Arduino ini.


Penutup



Arduino merupakan sebuah pengendali mikro atau microcontroller yang amat mudah digunakan berbanding dengan pengendali mikro yang lama.Perkakasannya memiliki prosesor Atmel AVR dan perisiannya memiliki bahasa pemrograman sendiri yang hampir sama seperti bahasa C yang digunakan pada AVR. Di samping itu ia juga lebih ringkas dan mudah untuk dipelajari.




Comments

Post a Comment