Jenis-Jenis Arduino

Assalamualaikum dan jumpa lagi...


Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang jenis-jenis pengendali mikro Arduino yang telah berada dipasaran.


Berdasarkan pengalaman kami, kebanyakkan mereka yang baru belajar untuk menggunakan pengendali mikro Arduino akan memilih Arduino Uno. Ini mungkin kerana terdapat banyak rujukan dalam internet atau buku yang menujukkan cara penggunaan Arduino jenis ini.


Sebenarnya, setiap jenis arduino mempunyai ciri-ciri tersendiri dan kelebihan masing-masing.


Untuk mengetahui apakah jenis-jenis Arduino yang terdapat di pasaran, jom teruskan bacaan anda.

Jenis-Jenis Arduino


a. Arduino Uno

papan litar arduino
papan litar arduino
Jenis ini adalah yang paling banyak digunakan. Terutama untuk anda yang baru belajar, sangat disarankan untuk menggunakan Arduino Uno.  Versi yang terakhir adalah Arduino Uno R3 (Revisi 3), menggunakan ATMEGA328 sebagai Microkontrollernya, memiliki 14 pin I/O digital dan 6 pin input analog. Untuk pemograman cukup menggunakan sambungan USB type A to To type B. Sama seperti yang digunakan pada USB printer.

b. Arduino Due

Arduino Due

Arduino Due

Berbeza dengan yang ini, Arduino Due tidak menggunakan ATMEGA, sebaliknya dengan chip yang lebih tinggi ARM Cortex CPU. Memiliki 54 I/O pin digital dan 12 pin input analog. Untuk pemogramannya menggunakan Micro USB, terdapat pada beberapa telefon pintar.

c. Arduino Mega 

Arduino Mega

Arduino Mega

Sama seperti dengan Arduino Uno, pengendali mikro ini menggunakan USB type A to B untuk pemogramannya. Tetapi Arduino Mega, menggunakan Chip yang lebih tinggi ATMEGA2560. Dan tentu saja untuk Pin I/O Digital dan pin input Analognya lebih banyak dari Uno.

d. Arduino Leonardo

Arduino Leonardo

Arduino Leonardo


Boleh juga dipanggil dengan nama Leonardo sebagai saudara kembar Uno. Jumlah pin I/O digital dan pin input Analognya sama. Hanya pada Leonardo menggunakan Micro USB untuk pemogramannya.

e. Arduino Fio 

Arduino Fio

Arduino Fio

Bentuknya lebih unik, terutama untuk socketnya. Walau jumlah pin I/O digital dan input analognya sama dengan uno dan leonardo, tapi Fio memiliki Socket XBee. XBee membuat Fio dapat dipakai untuk keperluan projek yang berhubungan dengan wireless.

f. Arduino Lilypad 

Arduino Lilypad

Arduino Lilypad

Bentuknya yang melingkar membuat Lilypad dapat dipakai untuk membuat projek unik. Seperti membuat amor iron man sebagai contoh. Hanya versi lamanya menggunakan ATMEGA168, tetapi masih cukup untuk membuat satu projek terkini dengan 14 pin I/O digital, dan 6 pin input analognya.

g. Arduino Nano 

Arduino Nano

Arduino Nano

Sepertinya namanya, Nano yang berukuran kecil dan sangat sederhana ini, menyimpan banyak fungsi. Sudah dilengkapi dengan FTDI untuk pemograman menerusi Micro USB. 14 Pin I/O Digital, dan 8 Pin input Analog (lebih banyak dari Uno) dan ada yang menggunakan ATMEGA168, atau ATMEGA328.

h. Arduino Mini 

Arduino Mini

Arduino Mini

Fasilitasnya sama dengan yang dimiliki Nano. Hanya tidak dilengkapi dengan Micro USB untuk pemograman. Dan ukurannya hanya 30 mm x 18 mm saja.

i. Arduino Micro 

Arduino Micro

Arduino Micro

Ukurannya lebih panjang dari Nano dan Mini. Ini kerana memang fungsinya lebih banyak iaitu; memiliki 20 pin I/O digital dan 12 pin input analog.

j. Arduino Ethernet 

Arduino Ethernet

Arduino Ethernet

Ini arduino yang sudah dilengkapi dengan fungsi ethernet. Membuat Arduino anda dapat berhubung melalui jaringan LAN pada komputer. Bagi fungsi pada Pin I/O Digital dan Input Analognya sama dengan Uno.

k. Arduino Esplora

Arduino Esplora

Arduino Esplora


Kepada anda yang ingin membuat gadget sepeti Smartphone amat digalakkan menggunakan Arduino ini kerana sudah dilengkapi dengan Joystick, button, dan sebagainya. Anda hanya perlu tambahkan LCD, untuk lebih mencantikkan Esplora.

l. Arduino Robot 

Arduino Robot

Arduino Robot

Ini adalah pakej lengkap dari Arduino yang sudah berbentuk robot. Sudah dilengkapi dengan LCD, Speaker, Roda, Sensor Infrared. Semua yang anda perlukan untuk menghasilkan sebuah robot sudah ada pada Arduino ini.


Begitulah beberapa jenis Arduino yang anda boleh beli di pasaran. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.


Kalau anda mahu melihat dengan lebih terperinci tentang papan litar Arduino ini, sila lawati laman web Arduino.

Comments